:
BIDANG TAHFIZ


BIDANG TAHFIZ

 

1) Tahfiz Al-Quran.

a. Matlamat kursus Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang itu menghafal keseluruhan Al-Quran dan mampu untuk mengingati isi kandungannya.

b. Proses penghafalan keseluruhan Al-Quran biasanya mengambil masa selama tujuh hingga sepuluh bulan (bergantung kepada keupayaan pelajar).

Proses penghafalan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

 

i. Hafalan Baru

Hafalan baru adalah halaman-halaman yang baru di hafal oleh pelajar. Penghafalan baru ini mengambil masa lebih kurang satu jam. Waktu penghafalan adalah pada pukul 8.30 pagi sehinggalah pukul 12.30 tengahari dan sesi petang pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Guru akan menyemak hafalan baru ini ang. Guru akan menyemak hafalan baru ini pada waktu tersebut.

ii. Hafalan Lama

Hafalan yang baru mudah terlupa jika ianya tidak diperkukuhkan. Untuk memantapkan hafalan-hafalan yang baru, setiap hari pelajar akan mengulangi Juzu' yang baru di hafal pada sesi malam selepas magrib sehingga pukul 11.00 malam. Proses ini mengambil masa 3½ jam setiap hari. (7.30am-11.00am)

Untuk lebih mengenal potensi diri pelajar kaedah mengahafal asing-masing, maka satu ujian cap jari dibuat yang dibahagikan kepada 5 kumpulan personaliti:

1- Sensing. 2- Thinking. 3- Instuiting. 4- Feeling. 5- Instinct

Dengan memahami kaedah ini, pelajar dapat memberi fokus yang lebih dalam pembelajaran dan seterusnya berjaya menghabiskan hafazan alquran dalam tempoh yang singkat.

 

iii. Matapelajaran Tambahan

Di samping menghafal Al-Quran, para pelajar yang mengikuti kursus Tahfiz akan mempelajari beberapa matapelajaran asas, iaitu

a) Tajwid

b) Tauhid

c) Hadis

d) Tafsir

e) Bahasa Arab melalui Al-quran perkata

f) Feqah

g) SANAD ALQURAN:

 

(Kategori Pilihan oleh Ibubapa. Yuran berasingan)

SANAD ALQURAN 30 JUZUK DARI QARI MESIR

40 JAM KREDIT 30 JUZUK.

 

PUNYAI SIJIL PENGIKTIRAFAN DARI SYEIKH YANG MEMPUNYAI SANAD