03-Jul-2025
❖Menubuhkan sebuah Institut pengajian bagi melahirkan pelajar huffaz Al-Quran yang berakhlak mulia dan mampu bersaing dengan pelajar di arena perdana. Sebagai persediaan untuk meneruskan pembelajaran dan menguasai pelbagai sudut ilmu Islam yang lain dan seterusnya pengamalannya secara menyeluruh dalam konteks kehidupan sosial dan perkembangan agama di negeri Selangor khasnya dan Malaysia amnya.
❖ Mengembelingkan para ilmuan, dermawan dan pemikir dari kariah Kampung Bandar dan MTDSKL untuk berkerjasama membangunkan dan menjalankan operasi sebuah Intitusi Tahfiz yang sempurna dari segi kaedah pembelajaran, perguruan dan sebagainya.