:
SEJARAH PENUBUHAN


MAAHAD TAHFIZ DARUL SAJIDIN KUALA LANGAT ( MTDSKL ) yang nama asalnya Institut Uthmani Darul Hadis ( IUDH ) pada mulanya ditubuhkan pada 17 Januari 2015. Bermula dengan perkenan oleh Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Romli selaku pengasas Darul Hadis Malaysia untuk menubuhkan satu cawangan Tahfiz di zon tengah di tanahair. Seawalnya pada tahun 2015, pelajar lelaki seramai 18 orang ditempatkan di rumah No1 Jalan Sastera Dua U2/1B, Taman TTDI Jaya, manakala pelajar perempuan ditempatkan di rumah wakaf sementara di Taman Gombak, Selangor seramai 9 orang.

 

Tahun 2016 pelajar perempuan dibubarkan dan dipindahkan ke Darul Hadis pusat yang pada itu bertempat di Tok Keling, Kedah. Keadaan tahun 2016 hanya tinggal pelajar lelaki seramai 18 orang sehinggalah di pertengahan tahun 2016 pihak tahfiz mendapatkan satu sistem hafazan baru kaedah cepat maka diteruskan pengambilan baru untuk tahun 2017.

 

Maka bermula tahun 2017, pelajar seramai 39 org yang terdiri daripada 23 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan. Pada tahun 2017 corak pentadbiran agak lebih sistematik dan pelbagai pembaharuan termasuk sistem Hafazan yang disingkatkan dari 3 tahun kepada 12 bulan dengan menggunakan kaedah STIFIn Hafazan. Alhamdulillah seramai 20 orang yang berjaya Khatam 30 Juzuk Alquran dalam tempoh 7-12 bulan dan baki selebihnya pelajar diberi peluang kedua menghabiskan hafazan di tahun 2018. Tahun 2019 – 2023 pula menyaksikan 8 org khatam Alquran.

 

Kini tahun 2023, MTDSKL adalah nama baharu dan menggunakan Sijil Pendaftaran yang sama Institut Uthmani Darul Hadis iaitu dengan menukar nama dan tempat/alamat. No Pendaftaran Jld7 (83) dan kod yang baru BZH1033. Beroperasi di daerah kuala Langat di tanah yang diwakafkan ke MAIS atas penerima manfaat Maahad Tahfiz Darul Sajidin Darsa Kuala Langat. Bakal mewujudkan sistem pengajian Tahfiz dan Pengajian Alim dibawah kumpulan Yayasan Darul Sajidin Darsa Selangor dan Yayasan Darul Sajidin Darsa Malaysia dibawah pimpinan Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Mohd Romli.